Kuala Lumpur, 29 Agustus 2024. Delegasi dari Yayasan Diraja Melayu Kampar serta Komuniti Nusantara terdiri dari 8 anggota diketuai oleh Paduka Sultan Kampar Prof. Dr. SPDYM HM Yunus AR. Al-Haj, telah membuat kunjung hormat kpd Ts Prof Dr Rahim Tamby Chik, Pengerusi GABEM di Ibu pejabat Gabem di Kuala Lumpur, Kamis 29 Agutus 2024.
Mereka telah disambut oleh pengerusi Gabem sendiri bersama dgn Dato' Abu Samah Bachik dan Tuan H. Azmon, ALP Gabem serta pegawai2 Gabem yg berkaitan.
Delegasi dari Indonesia dan Singapura ini berhasrat utk memperkukuhkan jalinan perniagaan dan ekonomi Rumpun Melayu serantau ASEAN khususnya diantara Malaysia- Indonesia.
Satu MoU telah ditandatangani oleh Gabem, Yayasan Diraja Kampar serta delegasi dari Singapura berhasrat utk:
1. Penganjuran Satu Konvensyen Ekonomi Rumpun Melayu Asean bagi menjalin rangkaian ekonomi Melayu dari pelbagai negara-Negara Asean saperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filiphina, Thailand, Cambodia.
2. Penubuhan satu Sekretariat khas yg akan memudahkan interaksi dan intra aktiviti ekonomi Melayu di rantau Asean dgn fokus ke arah membina konektiviti perdagangan intra Asean.
3. Penggalakan usaha sama perniagaan (jv) diantara syarikat-Syarikat dan tokoh-Toko perniagaan Melayu dlm rantau Asean.
4. Merangsang kan aktiviti pelaburan dalam pelbagai bidang ekonomi di negara-Negara Asean.
5. Bursa Saham Malaysia boleh dijadikan landasan mengakses pasaran modal melalui penyenaraian syarikat/ pengapungan saham.
Mudah-mudahan akan dipermudahkan Allah swt demi satu kebangkitan baru Ekonomi Melayu di rantau ASEAN ini.
Editor (Jas/Jon.Dmi)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar